Wednesday, 2 December 2020

RESEPI MAKANAN (PENCUCI MULUT)

 

MAKANAN



DONAT






1/3 cawan susu + 2 sudu besar.
1 1/2 sudu kecil. cuka putih
tepung 3/4 cawan
2 sudu besar. tepung jagung
1 sudu kecil. serbuk penaik
1/2 sudu kecil. garam
gula 1/3 cawan
1 biji telur, dipukul perlahan
1 sudu besar. mentega , cair
Untuk topping coklat :
1/2 cawan coklat gelap atau cip coklat semi -manis
1 sudu besar. sirap jagung
1/4 cawan minyak sayur-sayuran
2 sudu besar. pelangi berwarna nonpareils sprinkles

ARAHAN

1) Panaskan ketuhar kepada 450 darjah. Gris pan donut anda dan ketepikan.

2) Dalam cawan penyukat yang besar, menggabungkan susu dan cuka dan ketepikan.

3) Dalam busur bersaiz sederhana , menggabungkan tepung , tepung jagung, serbuk penaik , garam, dan gula.
4) Masukkan telur dan mentega cair ke dalam susu dan cuka campuran. Kemudian tuangkan campuran susu ke atas campuran tepung dan pukul sehingga sebati.

5) Pindahkan adunan untuk donut pan . Anda boleh menggunakan sudu untuk sudu adunan ke dalam rongga individu atau memasukkannya ke dalam beg Ziploc , memotong sudut , dan paip ke dalam rongga .

6) Bakar selama 7 minit. Biarkan sejuk dalam kuali selama 1-2 minit apabila dilakukan dan keluarkan dari kuali dan ditegakkan di atas rak dawai untuk menyejukkan sepenuhnya.

7) Dalam pada itu, di dalam mangkuk tahan panas kecil, membuat make -shift double boiler di atas dapur. Cairkan coklat kemudian campurkan dalam sirap jagung dan minyak sehingga sebati dan berkilat.

8) Ambil donat dan dunk bahagian atas ke dalam sayu coklat. Mari titisan lebihan off kemudian segera taburkan sprinkles pada! Ulangi sehingga semua donat telah chocolate & taburkan bersalut



9) Ini donat rasa terbaik hari tetapi anda masih boleh makan mereka sehari selepas . Saya tidak akan menyimpan lebih lama daripada dua hari.

KEK CAWAN PELANGI


Bahan kek


  • 280 gm tepung penaik
  • 280 gm mentega
  • 5 biji telur 
  • 260 gm gula kastor
  • 50 ml susu sejat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna - 7 warna pelangi


Cara penyediaan


  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adunan
  3. Teruskan pukul sambil masukkan telur satu per satu biji.
  4. Masukkan susu dan esen vanila. Pukul sehingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian sama rata dan warnakan 7 warna.
  6. Tuangkan sedikit demi sedikit adunan setiap warna ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu  180C selama 20 minit.
  8. Hiaskan cupcake ikut kreativiti masing2.


BAHAN UNTUK KRIM KEK


  • 300 gm Krimwell
  • 150 gm gula icing 

Caranya


  1. Pukul krimwell sehingga kembang.
  2. Masukkan gula icing (ayak 2 kali) ke dalam krimwell tadi.
  3. Masukkan pewarna (jika mahu) dan sendukkan krim ke dalam piping bag
  4. Deko di atas kek yang telah siap dibakar tadi.

Pancake Coklat





Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 15

Bahan-Bahan:

Bahan untuk pancake:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 4 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Baking Powder
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
  • 250g coklat bar, cincang kasar
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady
  • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)

Cara Penyediaan:

Cara untuk pancake
    1. Cairkan mentega.
    2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
    3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
    4. Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
    5. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
    6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  1. Cara untuk coklat:
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
  2. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
  3. bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.

AISKRIM WAFFLE




BAHAN BAHANNYA

  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan susu segar
  • 1/3 cawan mentega cair
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula                                         


CARA MEMBUATNYA
  1. Mula-mula, asingkan telur kuning dan telur putih dalam 2 bekas.
  2. Campurkan bahan-bahan seperti susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas telur kuning. Guna mixer dan sebatikan adunan.
  3. Kemudian, campurkan gula ke dalam bekas mengandungi telur putih, pukul guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan takkan jatuh)
  4. Apabila telur putih sudah kental, ambil sedikit-sedikit dan terbalikan perlahan lahan ke dalam adunan tepung tadi sehingga habis.
  5. Sementara itu, panaskan waffle maker terlebih dahulu
  6. Guna senduk dan tuangkan ke dalam acuannya, jangan terlalu tebal 
  7. Tutup waffle maker dan biarkan sehingga ia cukup masak & garing bergantung kepada cita rasa masing-masing. Setelah 5 minit boleh buka dan tengok kegaringannya itu.
  8. Apabila  sudah cukup garing, keluarkan dan sedap dimakan panas-panas dengan jem, kaya, mentega kacang, aiskrim, madu dan buah-buahan.

Biskut Dahlia Coklat


Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 50

Bahan-Bahan:

  • 300g mentega
  • 220g gula ising
  • 240g tepung gandum*
  • 100g tepung jagung*
  • 160 gram tepung kastard*
  • 35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
  • Manik gula berwarna untuk hiasan
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla











CARA PENYEDIAAN:

1) Ayak bahan bertanda*
2)Panaskan oven kepada 170 darjah celsius
3)Pukul butter dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
4) Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mandapat doh yang sekata.Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais
5)Keluarkan doh dan terap acuan kuih dahlia.Haskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit.Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Biskut Cornflakes Coklat Badam






Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 50 biji anggaran

Bahan-Bahan:

  • 150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Kaedah double boiler - masak air di dalam periuk 1/3 penuh sehingga mendidih. Letakkan mangkuk stainless steel atau kaca tahan panas di atas permukaan periuk. Mangkuk akan panas dari steam.

Biskut Kelapa Rangup



Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit


Bahan-Bahan:

  • 250 gram mentega
  • 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
  • 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
  • 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh pandan paste
  • 1/2 sudu teh esen pandan
  • 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
  • Kelapa kasar untuk hiasan
  • Telur putih untuk hiasan
  • Ceri merah untuk hiasan (optional)
  • Coklat cair untuk hiasan (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  6. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.



Biskut Dam








Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh vanilla:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 220g tepung kek, ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk doh coklat:
  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk doh vanilla:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  5. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Cara-cara untuk doh coklat:
  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  6. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Cara untuk biskut dam:
  1. Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  2. Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
  3. Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
  4. Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  5. Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
  6. Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.



Biskut pelangi






Bahan-Bahan:

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex
  • Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
  • Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
  12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Kek Coklat Moist






Bahan-Bahan:

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu coklat dutch lady
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur













CARA PENYEDIAAN:
CARA UNTUK KEK:


  1. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan asingkan.
  2. Masukkan serbuk coklat,gula perang,susu coklat,minyak dan susu ke  dalam periuk.Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut.Tutup api.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan nombor 2 di atas.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan tadi.Kacau sehingga sebati.
  5. Lumurkan majerin pada loyang dan masukkan adunan yang sebati. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
  6. Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu.Kalau licin maknanya kek sudah masak.


CARA UNTUK TOPING:

1)Cairkan 2 sudu majerin.
2)Masukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing.



COKLAT TRUFFLE













BAHAN-BAHAN:
  • 125 gm krim putar
  • 260 gm coklat masakan
  • 1 sudu makan liquid glucose
  • 1 sudu teh perisa oren
  • Serbuk koko untuk hiasan


CARA MEMASAK:
1. Panas dan didihkan krim putar tadi.
2. Masukkan liquid glucose dan coklat masakan yang dipotong kecil. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan perisa oren dan biar sejuk sehingga pejal.
4. Masukkan dalam beg piping dan paipkan bulat seketul. Masukkan dalam peti sejuk seketika.
5. Setelah keras, guna tangan dan gentel dengan tapak tangan biar menjadi bulat. (Tangan jangan panas, rendam air sejuk dahulu supaya coklat digentel tidak cair.)
6. Golekkan dalam serbuk koko dan letak dalam mangkuk kertas. Sedia untuk dihidangkan.

Red Velvet Cake




Red Velvet Cake:
250 grams tepung kek (diayak)
1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, abaikan ini ya)
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan mentega dalam suhu bilik (113 gram)
300 gram gula castor
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat



Cream Cheese Frosting:
(Resepi Cream Cheese from Joy of Baking)
250 gram cream cheese dalam suhu bilik
250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
1 tsudu kecil esen vanila
1 cawan gula aising (ayak)
1 1/2 cawan whipping cream
(yang ini saya olah sedikit ya supaya dapat cream cheese yang kental. )
250 gram cream cheese dalam suhu bilik
85 gram gula aising
300 gram Non-Dairy Whipping Cream



Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).



Untuk Cream Cheese Frosting:
  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!

HOMEMADE ICE CREAM OREO




Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo
  • 1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
  • 1 sudu besar ovalett
  • Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )



Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
  • Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  • Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  • Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  • Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.


Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.

KEK PANDAN MARBLE





Bahan-Bahan:

  • 1 cawan (225g) gula kastor
  • 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
  • 1 cawan (225g) mentega, salted butter
  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko, diayak
  • 2 sudu besar pandan emulco

Cara Penyediaan:

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
  5. Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
  6. Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
  7. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
  8. Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
  9. Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.

Tips:
Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terpalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.


VANILLA CUPCAKE




    Bahan-Bahan:

    Bahan untuk cupcake:
    • 125g tepung naik sendiri
    • 125g gula kastor
    • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
    • 125g unsalted butter,
    • 2 biji telur gred A
    • 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
    • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
    Bahan untuk buttercream:
    • 200g unsalted butter
    • 400g gula icing, ayak
    • 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
    • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila

    Cara Penyediaan:

    Cara untuk cupcake:
    1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
    2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
    3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
    4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
    5. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
    Cara untuk buttercream:
    1. Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
    2. Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
    3. Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.

Apam Polkadot


    Bahan-Bahan:

    • 2 biji telur size A
    • 1 cawan gula halus
    • 1 sudu teh ovallete
    • 2 sudu teh esen vanilla
    • 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 1/2 sudu kecil baking powder
    • Jem, jenis kesukaan anda
    • piping bag secukupnya
    • pewarna makanan

    Cara Penyediaan:

    1. Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
    2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
    3. Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
    4. Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
    5. Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
    6. Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
    7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
    8. Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
    9. Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
    10. Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
    11. Picit dot dot ke atas adunan.
Kukus selama 15 minit.



Agar-Agar Sirap Selasih




Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk lapisan sirap selasih:
  • 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
  • 600 ml air (anggaran 2 1/2 cawan air)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar biji selasih, rendam sampai kembang
  • 1/2 sudu besar pati sirap ros
  • 1 helai daun pandan
Bahan-bahan untuk lapisan sirap bandung:
  • 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
  • 400 ml air (anggaran 1 3/4 cawan air)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu besar pati sirap ros
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Dalam dua periuk yang berasingan, rebus bahan untuk lapisan sirap selasih (kecuali biji selasih) dan bahan untuk sirap bandung.
  2. Rebus sehingga mendidih dan pastikan ketulan agar-agar cair sepenuhnya. Kemudian tapis air rebusan agar-agar.
  3. Untuk bahan sirap selasih, biji selasih boleh ditambah apabila sirap sudah ditapis.
  4. Tuang sirap selasih ke dalam bekas acuan dan sejukkan. Apabila agar-agar sudah sejuk, cakar atau cucuk-cucukkan permukaan supaya bahagian lapisan atas melekat.
  5. Tuang bahan sirap bandung dan sejukkan lagi sekali.
  6. Apabila agar-agar sudah sejuk sepenuhnya, boleh  dihidangkan.


Biskut Makmur






Bahan-Bahan:

Bahan untuk doh:
  • 500g tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • Paper cup
Bahan untuk inti:
  • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang, optional
Bahan untuk salut:
  • Sedikit gula icing

Cara Penyediaan:

  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Tips:
Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama.Cukup sekadar 4-5 minit sahaja

KUIH BAULU 




Bahan-Bahan:

  • 3 Kuning telur
  • 4 putih telur
  • 100gm gula
  • 1/2 suduh teh esen vanila.
  • 100gm tepung gandum
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1/4 teaspoon baking powder

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum dan tepung ubi bersama baking powder.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dan tambah esen vanila.
  3. Campurkan tepung yang diayak dengan adunan telur. Kacau rata
  4. Panaskan oven kepada 250 darjah
  5. Sapu acuan dengan minyak (untuk mencegah bahulu dari melekat) dan sudukan adunan ke dalam acuan.
  6. Bakar selama kira-kira lima minit.


Kuih Lapis




Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar tepung beras.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 2 cawan santan pekat.
  • 3/4 cawan gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu minyak masak.
  • Pewarna ikut cita rasa masing2.

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pewarna.kacau sampai sebati.
  2. Kalau ada ketulan tepung,tapiskan ia. Griskan loyang dengan minyak masak tadi.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan adunan anda.
  4. Setiap lapisan mestilah dikukus selama 5 minit,kemudian lapiskan dengan warna lain sehingga habis.
  5. Untuk lapisan terakhir,kukus selama 10 minit. Selamat Mencuba!


 Biskut Thumb Print





Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
  • 150g (2/3 cawan) gula
  • 1 biji telur, size besar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh baking powder
  • ¼ sudu teh garam
  • Jem strawberry secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 150°C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  7. Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
  8. Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
  9. Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
  10. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.


Biskut Bangkit






Bahan-Bahan:

  • 330gm tepung ubi
  • daun pandan
  • 30gm shortening
  • 130gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 130ml santan pekat
  • secubit garam


CARA PENYEDIAAN:

  1. Dalam kuali goreng tepung ubi dgn daun pandan dgn api kecil sehingga tepung ringan(sedikit kekuning2an)
  2. Kemudian ayakkan tepung dan dibiarkan sejuk.
  3. Pukul gula icing dan kuning telur sehingga ringan dan berkrim dan gula benar sebati
  4. Masukkan 100 ml santan dahulu dan puku rata lagi
  5. Masukkan tepung ubi tadi kedalam mangkuk adnan tadi,tambahkan sedikit garam dan perlahan2 menguli sehingga doh tak melekat pada tangan
  6. Tambahkan santan sedikit demi sedikit bila perlu
  7. Tutup doh dgn kain lembab,dan rehatkan selama 30 mnt
  8. Terapkan doh menggunakan acuan yg sesuai dan boleh lah dibakar pada suhu 170'c lebih kurang 20-25 minit atau sampai masak mengikut oven masing-msing

Chocolate Vanilla Viennese Cookies




Bahan-Bahan:

  • 175g (3/4 cawan) unsalted butter
  • 40g (3 sudu besar) gula ising
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 40g (3 sudu besar) tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C.
  2. Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
  3. Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  4. Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
  5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
  6. Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
  7. Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
  8. Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut Red Velvet White Chocolate Chips



Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3/4 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan mentega, lembutkan
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
  • 1 biji telur Gred A
  • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
  • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • 3/4 cawan white chocolate chips

Cara Penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
  3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
  5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
  6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
  7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
  8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
  9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.

Biskut Kacang




Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

 Penyediaan:

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
Tips:
Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus. Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Bun Coklat Lembut
















Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh:
  • 300g tepung high protein atau tepung roti
  • 30g serbuk koko
  • 5g yis segera
  • 65g gula kastor
  • 5g garam halust
  • 50ml susu full cream
  • 150ml air
  • 40g mentega
Bahan untuk inti:
  • ketulan coklat
Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • secubit garam
  • coklat rice secukupnya

 Penyediaan:

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
  3. Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
  4. Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.
  5. buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
  6. Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
  7. Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
  8. Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Muffin Nutella














Bahan-Bahan:

  • 1 cawan Nutella
  • 10 sudu besar tepung gandum atau tepung naik sendiri (self-raising flour), ayak.
  • 2 biji telur

Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. Masukan semua bahan dalam mangkuk besar, kacau sebati.
  3. Sudukan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin.
  4. Bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit. Boleh juga dipastikan masak apabila dicucuk bilah lidi di tengah muffin dan lidi kekal bersih apabila ditarik keluar
  5. Adunan menghasilkan 6 muffin yang bersaiz besar.
Tips:
Jika menggunakan tepung gandum, campurkan bersama 1/4 sudu serbuk penaik (baking powder) dan ayak.

Biskut Hazelnut Nutella


















Bahan-Bahan:

  • 2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 225 gram unsalted butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur kuning
  • Nutella

 Penyediaan:

  1. Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.
  2. Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.
  4. Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
  5. Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.

Kuih Cara
















Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan, sederhana pekat dari anggaran 1/3 biji kelapa
  • 4-5 helai daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak masak
  • pewarna hijau, beberapa titik
  • gula pasir, secukupnya


Penyediaan:

  1. Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.
  2. Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.
  3. Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan


Kuih Sagu
















Bahan-Bahan:

  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • pewarna merah (pati sirap ros)
  • daun pandan
  • kelapa parut

 Penyediaan:

  1. Bersihkan sagu dan toskan airnya
  2. Masak air bersama gula , pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, keluarkan 1/2 kuantitiair, masukkan sagu dan kacau, tambah air yang kita keluarkan dari periuk tadi sikit-sikit sehingga sagi menjadi jernih.
  4. Setelah menjadi pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit.
  5. Letak dalam loyang dan biarkan sejuk dan boleh dipotong.
  6. Gaul dengan kelapa parut yang digaul garam.

Kuih Putri Ayu











Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur gred A
  • 2 cawan tepung gandum, ayak
  • 300g gula
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 sudu teh baking powder, ayak
  • 200ml santan pekat, hasil yang diperah menggunakan air pandan
  • pewarna hijau
  • Setengah biji kelapa putih, gaul dengan garam dan tepung ubi

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Ayak tepung gandum dan baking powder bersama.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan sedikit kelapa yang digaul dengan tepung ubi dan garam dan mampatkan di bahagian bawah.
  4. Dalam mangkuk, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Kemudian masukan tepung, baking powder, santan dan pewarna. Kacau sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7 minit.
  6. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Tips:
Pastikan anda ikat atau balut penutup pengukus denagn kain supaya wap air tidak jatuh dalam acuan semasa proses mengukus.



















No comments:

Post a Comment